Wednesday, April 29, 2009



SEJARAH SMK TELOK GADONG



1 Dis 1991 Dibuka secara rasmi.
- 449 orang pelajar
- 25 orang guru
- 9 kelas tingkatan 1 dan 3 buah kelas tingkatan peralihan.
- 2 buah bangunan empat (4) tingkat.
17 Apr 1993 PIBG ditubuh secara rasmi dengan pengerusi pertama, En. Abd. Rahman Bin Tan Chik.
10 Okt 1994 Bendera dan lagu sekolah berkibar dan berkumandang buat pertama kalinya.
Bendera – direkacipta oleh En. Alias Bin Samsudin
Lagu – dicipta bersama oleh Mohd Hanif Bin Jahabar Sali dan Puan Diana Ng.

Okt 1994 - Permulaan projek bangunan tambahan yang terdiri
Mac 1995 daripada :-
- 4 buah bengkel Kemahiran Hidup
- 3 buah Makmal Sains
Ogos 2000 - Bangunan tiga (3) tingkat (12 buah bilik darjah) dibina.
Jun 2001
Dis 2002 - Bangunan Makmal Komputer dibina
Feb 2007 - Bangunan kilat blok F yang menempatkan 4 buah kelas
dibina.
Dis 2008 - Bangunan kilat blok G yang juga menempatkan 4 buah
kelas dibina.
* SMK Telok Gadong unik kerana ia merupakan salah sebuah sekolah yang terlibat secara langsung dengan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

























Gambar-gambar SMK Telok Gadong





































Lambang Lencana SMKTG

Lencana SMKTG


OBOR melambangkan semangat yang berkobar-kobar untuk maju dan berjaya di kalangan pelajar-pelajarnya.
BUKU bermaksud sumber ilmu yang paling penting.
SAYAP bermaksud pelajar-pelajarnya sentiasa berusaha dengan gigih untuk berjaya.
BUMBUNG bermaksud sekolah merupakan sebuah gedung ilmu.
BENTUK ‘V’ bermaksud kejayaan pelajar-pelajarnya di dalam segala bidang.
COGAN KATA ILMU MENARA HIDUP

Maksud Lencana Warna Sekolah

Biru Tua Perpaduan antara warga SMKTG
Biru Muda Ketenangan pelajar-pelajar untuk menimba ilmu
pengetahuan
Kuning Pelajarnya setia kepada agama, raja, sekolah, negeri
dan negara.
Hijau Keharmonian alam sekeliling dan saling bertoleransi di
kalangan masyarakat
Merah Keberanian pelajar-pelajarnya berusaha untuk berjaya
dalam semua bidang.


LAGU SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH TELOK GADONGKEBANGGAAN PUTERA PUTERI

MEMAJU BANGSA MENCURAH BAKTI PADA IBU PERTIWI

ILMU MENARA HIDUP

COGAN KATA KITA

SIKAP MAJU DAN JAYA

MEMBINA DISIPLIN KITA

HORMAT PADA GURU

CINTA PADA ILMU

BERAKHLAK, BERDISIPLIN, BERSATU

WAWASAN JAYA KITA TUJU.

Latar Belakang sekolah SMKTG








FALSAFAH SMK TELOK GADONG


Falsafah sekolah adalah mengandungi visi, matlamat dan objektif sekolah dengan memenuhi kehendak seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Rukunegara, dan Wawasan Negara dan pendidikan bertaraf dunia. Berasaskan nilai teras seperti berakhlak mulia, amanah, rajin, ikram, berilmu dan berfikir


PIAGAM SMKTG


Kami Berjanji Akan Memastikan Anda
1. Menerima pendidikan yang sempurna dan berterusan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Aspirasi Negara.
2. Menerima layanan mesra dan berhemah bagi semua urusan penyampaian perkhidmatan kami.
3. Mendapat maklumat yang lengkap dan jelas dari mana-mana guru dan kakitangan kami.
4. Merasa selamat, selesa dan berpuas hati dengan kemudahan yang kami sediakan semasa menerima perkhidmatan yang diperlukan.
5. Menjadi insan yang berpendidikan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

VISI

CEMERLANG 2010


MISI


Warga SMK Telok Gadong beriltizam untuk merealisasikan visi dengan
1.Meningkatkan prestasi kurikulum dan kokurikulum dari segi kuantiti dan kualiti.
2.Menyediakan pelbagai kemudahan bagi mewujudkan suasana yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
3.Memupuk nilai-nilai murni ke arah melahirkan warga SMKTG yang bersahsiah tinggi.
4.Menyemai semangat permuafakatan dan perpaduan di kalangan warga sekolah dan komuniti setempat.